Kecederaan di bahagian tendon tibialis anterior (TA) jarang berlaku jika dibandingkan dengan masalah tendon lain di bahagian kaki dan buku lali. Penerbitan tentang kecederaan TA tendon terutamanya kecederaan separuh koyak kurang dilaporkan. Sehingga ke hari ini, tiada penerbitan tentang kes kecederaan TA tendon yang berlaku serentak dengan kes kecederaan pada anterior talofibular ligament (ATFL). Kes ini berlaku pada lelaki berusia 22 tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian buku lali akibat aktiviti sukan. Pengimejan resonans magnetik (MRI) menunjukkan TA tendon mempunyai separa putus serentak dengan putus pada ATFL. Kami meneruskan pembaikan terus tendon TA dan pembinaan semula ATFL ke atas pesakit ini dan telah menunjukkan respon yang baik. Skor pada "American
Orthopaedic Foot and Ankle Score" (AOFAS) Ankle-Hindfoot adalah 86% pada bulan ketiga, 90% pada bulan keenam dan 96% pada tahun yang pertama selepas pembedahan. Koyakkan separa atau koyakkan memanjang dalam kecederaan TA tendon kebanyakannya disebabkan oleh TA tendinopati atau degenerasi. Diagnosis awal diikuti dengan pembedahan seperti pemulihan primer langsung, pemindahan tendon atau rekonstruksi tendon menunjukkan hasil yang baik.
Comments (0)