Serentak dengan pandemik COVID-19, beberapa protokol telah dihasilkan untuk mencegah infeksi. COVID-19 boleh menyebabkan lebih kematian dalam wad transplan sumsum tulang kerana pesakit dalam wad ini mempunyai sistem imun yang lemah. Penilaian bagi protokol yang spesifik dalam wad ini dan penilaian praktikal terhadap pematuhan prinsip kebersihan oleh kakitangan perubatan semasa pandemik COVID-19 boleh dijadikan sebagai satu langkah untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Semasa pandemik COVID-19, 40 pesakit menjalani pemindahan sumsum tulang di Hospital Iman Reza, Kermanshah, Iran mulai Februari 2020 ke Jun 2022. Satu susulan program telah dijalankan untuk menilai kemungkinan penularan COVID-19 dan kadar pematuhan kepada protokol prinsip kebersihan oleh staf perubatan. Protokol prinsip kebersihan telah dinilai dengan menggunakan borang soal selidik melalui pemerhatian/bukan pemerhatian. 'Real time polymerase chain reaction' (RT-PCR) dijalankan untuk mengenalpasti COVID-19 dalam pesakit berdasarkan ketiga-tiga gen dalam virus. Hasil RT-PCR ialah negatif pada semua pesakit yang dimasukkan ke hospital dalam jangka kajian. Kadar pematuhan prinsip kebersihan oleh kakitangan di wad ialah 100%. Hasil kajian yang didapati dalam kajian ini ialah langkah-langkah yang dijalankan oleh kakitangan di wad pemindahan sumsum tulang. Protokol spesifik untuk wad pemiindahan sumsum tulang bertindih dengan garis panduan kebersihan umum bagi COVID-19.
Comments (0)